BACKDROP MELENGKUNG JENIS POP-UP

Khas untuk peniaga atau agensi yang memasarkan produk dan perkhidmatan secara mudah alih atau 'road-show'. 1kedai design memasarkan 2 jenis latar belakang pop-up melengkung untuk usahawan1kedai menawarkan 2 saiz backdrop pop-up melengkung iaitu:

  •  Jenis 3X2 yang bersaiz 2050mm panjang X 2300mm tinggi.
  •  Jenis 3X3 yang bersaiz 2750mm panjang X 2300 mm tinggi.

Backdrop 3X3A

Backdrop saiz 3X3 untuk kegunaan kempen 'road-show' Jabatan Pendaftaran Negara. Rekabentuk grafik dihasilkan sendiri oleh 1kedaidesign.com

Backdrop Curve2 17124567 10207967502254074 757857475 n

Kiri: Backdrop pop-up bersaiz 3X3 yang dibuat khas untuk KEMAS negeri Kedah.

Kanan: backdrop pop-up 3X2 yang bersaiz 3X2 ditempah khas oleh Netherland Maritime Institute Technology - Johor.

7 LANGKAH MUDAH CARA MEMASANG / MENDIRIKAN BACKDROP POP-UP.

Step 01

01 - Baringkan struktur utama dilantai.

Step 02

Step 03

02 - Dirikan struktur menegak ke atas seberapa maksima (2300 mm tinggi).

Step 4 Step 4a

03 - Perbezaan bahagian atas dan bawah struktur pop-up boleh dikenalpasti pada sendi kekotak (joiner). Lubang (2 titik) pada joiner adalah merujuk bahagian atas. Ia juga boleh dikenalpasti dimana bahagian slot yang beralur merupakan permukaan atas dimana tiang menegak akan dilungsurkan kedalam alur.

Step 5

04 - Pasang setiap tiang menegak dengan kaedah cucuk disetiap bahagian bawah joiner dan slot masuk / selit untuk bahagian atas joiner.

Step 6jpg

05 - Setelah kesemua tiang menegak dipasang pada setiap joiner, pasang panel grafik. Setiap keping panel grafik mempunyai pita jalur magnetik yang bertujuan untuk dilekatkan pada setiap besi tiang menegak. Gambar di atas adalah model jenis 3X2 dimana terdapat 2 kepingan panel grafik yang dipasang menegak. Kedudukan jalur panel grafik boleh dilaraskan dari bahagian atas dengan mencangkukkan pada struktur utama.

Step 7

06 - Pasang panel grafik melengkung di setiap hujung struktur dengan mencangkuk pada joines paling atas serta melekatkan pada struktur tiang menegak.

Step 8

07 - Akhir sekali pasang lengan spotlight pada bahagian atas struktur pop-up. Untuk set 3X2 latar pop-up, hanya 1 unit lampu dibekalkan percuma, manakala set 3X3 pula 2 unit lampu diberikan percuma.

 Sistem latar belakang pop-up adalah kaedah yang amat berkesan dalam memberi impak korporat dalam kempen produk perniagaan. Direkabentuk khas untuk semua jenis perniagaan yang berorientasikan produk pengguna, perkhidmatan atau penerangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ianya mudah dipasang, cepat dileraikan, pantas dibina, ringan serta mudah dibawa kemana-mana tapak promosi. Pilihan tebaik bagi peniaga untuk menaikkan imej dan jenama perniagaan pada kos yang paling minimum dan efektif.

Rekabentuk sistem latarbelakang pop-up adalah pilihan yang tepat bilamana ruang tapak pameran dan impak kepada pengunjung menjadi isu. Hanya 20 minit (purata) diperlukan untuk membina latarbelakang oleh seorang pekerja.

Template 3X3 curve panel

  •  Jenis 3X2 yang bersaiz 2050mm panjang X 2300mm tinggi. Harga Tawaran : RM1650 (termasuk cetakan)
  •  Jenis 3X3 yang bersaiz 2750mm panjang X 2300 mm tinggi. Harga Tawaran : RM 2360 (termasuk cetakan)

Strip

BACKDROP LURUS JENIS FABRIK POP-UP

Latar Fabric3

Panel Fabrik 1K53 Pop-Up Saiz 7½ X 7½ kaki

Pilihan paling popular yang menarik pandangan umum bagi pamiran perdagangan, bisnes, promosi jenama atau persidangan.

TERPANTAS UNTUK DIDIRIKAN

Backdrop latar yang paling pantas untuk didirikan dan dikendalikan.
Hanya perlukan 60 saat untuk didirikan atau disimpan oleh seorang pengendali.

Latar Fabric4

- Teramat ringan dan ringkas supaya mudah dibawa kemana saja untuk aktiviti promosi anda.
- Dibina khas dari gandingan bahan aloi-aluminium dengan fabrik bercetak bermutu tinggi.
- Saiz Paparan Muka : 2260mm lebar X 2260mm tinggi X 300mm ( 89"w x 89"h x 12"d )
- Sesuai di tapak pameran sementara, pemasaran korporat, promosi jelajah atau pelancaran produk.

Latar Fabric5

Harga terbaik yang ditawarkan dalam pasaran.

 Harga Pakej Pengenalan : RM2265

Strip

Go to top