"Bandingkan Harga Kami.."

20yearexperience

1Kedai Design dotcom dengan pengalaman rekabentuk lebih 20 tahun. Terlibat dalam industri rekabentuk pameran, promosi, pelancaran majlis dan event. Bermula dari peringkat idea konsep, layout, lakaran lalu diterjemahkan ke peringkat digital termasuk khidmat konsultansi dan pembinaan.

MOAPersp

Kami menukarkan konsep dan idea menjadikan realiti. Setiap rekabentuk yang dihasilkan harus berasaskan bajet yang ditetapkan oleh pelanggan. Anda bayangkan dan kami usahakan agar ia menjadi kenyataan yang tidak dapat dilupakan dari bawah satu bumbung. Keutamaan kami ialah agar mesej promosi yang ingin disampaikan kepada pengunjung pameran berkesan dan menjadi ikon terbaik. Dalam masa yang sama mengekalkan imej sesuatu organisasi atau pelanggan agar kelihatan profesional dan terkini.

 

MOADrawing

Sebaik saja idea rekabentuk mendapat persetujuan dari pihak pelanggan, 1kedaidesign akan segera menyediakan lukisan binaan untuk disiapkan oleh kontraktor kami yang terdiri dari pasukan printing, grafik dan tenaga kerja berpengalaman.

 

MOAphoto

Gambar di atas menunjukan idea yang telah siap menjadi realiti. Direkabentuk berdasarkan jangkamasa waktu, keperluan ruang dan fabrikasi serta bajet yang ditetapkan oleh pelanggan kami iaitu Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA).

LADA

Kami bekerja berdasarkan bajet yang telah ditetapkan pelanggan. Booth LADA LANGKAWI (3X3m) contohnya telah berjaya memperolehi rekabentuk terbaik di pameran MOF2015 Putrajaya walaupun pada bajet yang amat terhad.

Klik di sini. Lihat sampel karya kami seterusnya..

 

Go to top